Kenangan bersama teman-teman sering membangkitkan memori yang terindah di dalam hidupku......
Monday, 31 December 2012
DIET ATKIN
Tuesday, 29 May 2012





Sunday, 8 January 2012
13 AURAT YANG WAJIB DIJAGA
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu
Monday, 5 December 2011
RAHSIA TAHI LALAT
Bibir atas kiri – ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan – disegani orang, ramai yg suka
Bibir bawah kiri – pandai bicara, tak mudah kalah
Leher kanan – cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri – cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengah – tercapai cita-cita
Biji mata kanan – suka serong dan pembohong
Biji mata kiri – pembohong tetapi baik hati
Hujung mata kanan – baik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiri – baik budi, murah rezeki
Betis kanan – suka berhibur, boros
Betis kiri – rajin,tidak suka menganggur
Lutut kanan – bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
Lutut kiri – kurang kuat berusaha
Kepala sebelah kanan – terkabul cita-cita
Kepala sebelah kiri – sering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakang – jujur, sabar dan tekun
Kening kanan – cerdas dan cekap
Kening kiri – cerdas, sopan santun
Hujung mulut kiri – suka berpoya-poya
Ketiak kanan – dapat menyimpan rahsia
Ketiak kiri – jujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kanan – suka berpergian (keluar rumah)
Pergelangan kaki kiri – kehendak kuat
Batang hidung – banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidung – banyak rezeki
Dagu bawah kanan – jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri – bijak sana dan berbudi luhur
Tumit kanan – jujur dan banyak kawan
Tumit kiri – baik budi
Alis kanan suka – menolong, baik hati
Alis kiri – ramai yang suka
Pangkal peha kanan – kemahuan kuat
Pangkal peha kiri – suka kerja apa pun
Telapak kaki kanan – tak mudah mengeluh
Jari kaki kanan – suka menolong
Jari kaki kiri – berbudi, suka berbuat baik
Bahu kanan – cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiri – suka kerja keras, banyak tanggungjawab
Lengan kanan – setia dan taat pada atasan
Lengan kiri – menepati janji dan rajin
Pipi kanan – ramai teman
Tengah-tengah pipi kanan – ramai yg suka
Tengah-tengah pipi kiri – ramai teman
Ubun-ubun – kurang jujur
Pusat bahagian kanan – sejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiri – beroleh kemuliaan
Pinggang kanan – sayang pada pasangan hidup
Pinggang kiri – disayang pasangan hidup
Dada kanan – dapat mengatasi masalah
Dada kiri – berani, jujur dan sabar
Telapak kaki kanan – tidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiri – baik budi pekertinya
Siku tangan kanan – kuat ingin memiliki kekayaan
Siku tangan kiri – baik hati, suka menolong
Jari tangan kanan – serba beroleh keuntungan
Jari tangan kiri – serba baik bekerja
Jari telapak tangan kanan – banyak rezeki tapi boros
Jari telapak tangan kiri – banyak rezeki dan cermat
Perut bawah kanan – banyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiri – baik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalam – disayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalam – tidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luar – baik budi, ramai yg cinta
Pelipis kiri – murah rezeki, dpt jadi kaya
Pelipis kanan – serba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atas – baik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atas ! – baik budi, ramai yg suka
Kelopak mata kanan bawah – agak malas
Kelopak mata kiri bawah – agak bodoh, kurang bijaksana
Thursday, 10 November 2011
PETUA MENGATASI PERUT BUNCIT
1. Minum Banyak Air
- Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.
2. Makan Perlahan-lahan
- Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.
3. Mengurang Pengambilan Garam
- Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.
4. Pengambilan Serat
- Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.
5. Awasi Ubat-Ubatan
- Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.
6. Hindari Sembelit
- Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.
7. Bersenam
- Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.
Sunday, 30 October 2011
PERBEZAAN DAGING LEMBU DAN BABI
Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.
1. Dari segi warna
Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.
2. Dari segi serat daging
Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging diregangkan bersama (lihat gambar).
3. Dari lemak yang kelihatan
Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging lembu agak kering dan kelihatan berserat. Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.
4. Dari segi tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan. Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan.
5. Dari segi aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.
6. Ciri-ciri secara Umum
Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.

