Monday 31 December 2012

sambungan DIET ATKIN 2

Glikolisis bermaksud pecah (lisis) glukosa. Karbohidrat yang kita makan dalam seharian membekalkan badan dengan glukosa yang boleh disimpan dalam bentuk glikogen dalam otot dan hati yang boleh digunakan kemudian. Produk akhir hasil glikolisis adalah asid piruvik. Asid piruvik boleh disalurkan ke proses kitar Krebs atau ditukar menjadi asid laktik. Jika produk akhir adalah asid laktik, proses itu dinamakan glikolisis anaerobik dan jika produk akhir piruvik asid dinamakan glikolisis aerobik. Bagaimana pun, kehadiran oksigen cuma menentukan produk akhir proses sahaja bukan syarat untuk glikolisis. Antara nama lain dalam istilah fisiologi adalah, glikolisis cepat yang mana produk akhir adalah asid laktik dan glikolisis perlahan produk akhir asid piruvik. Glikolisis cepat menghasilkan tenaga pada kadar yang lebih besar berbanding glikolisis perlahan. Bagaimana pun disebabkan produk akhir glikolisis cepat adalah asid laktik, pengumpulan asid laktik menyebabkan otot menjadi letih. Penghasilan asid laktik meningkat selepas 10 saat pergerakan bermula. Ini juga selari dengan menurunan dalam kekuatan maximal, ATP dan PCr mula digunakan. 30 saat aktiviti berterusan menggunakan glikosis cepat. Selepas 45 saat, berlaku penurunan kedua dalam kekuatan. Aktiviti seterusnya bergantung pada sistem oksidasi. Sistem oksidasi mengandungi 4 proses menjanakan ATP - Glikolisis perlahan (kehadiran oksigen) - Kitar Krebs (kitaran asid sitrik atau kitaran asid tricarboxylic) - Rantai electron - Pengoksidaan beta Glikolisis perlahan sama seperti glikosis cepat yang mana memetabolismekan glukosa untuk membentuk ATP. Perbezaannya adalah produk akhir asid piruvik ditukarkan ke satu bahan yang dipanggil asetil koenzim A jika dibanding dengan glikolisis cepat yang menghasilkan asid laktik. ATP boleh dihasilkan dengan menyalurkan asetil koenzim A ke kitar krebs.

No comments:

Post a Comment