Monday 31 December 2012

sanbungan DIET ATKIN 3

Kitar Kreb Kitar krebs adalah siri kompleks reaksi kimia yang melanjutkan pengoksidaan glukosa yang bermula selama glikolisis. Asetil koenzim A memasuki kitaran Krebs dan dipecah kepada karbo dioksida dan hidrogen membolehkan lebih ATP lagi dibentuk. Namun hidrogen yang dihasilkan dalam kitaran Krebs ditambah dengan hidrogen dihasilkan dalam glikolisis, dibiarkan akan menyebabkan keadaan berasid. Jadi hidrogen itu akan bergabung dengan dua enzim yang dipanggil NAD dan FAD dan diangkut ke Rantai Pengangkutan Elektron Hidrogen dibawa ke rantai pengangkutan elektron, siri lain reaksi kimia, dan di sini akan digabungkan untuk membentuk air yang mana mencegah keadaan berasid tadi. Rantai ini, di mana memerlukan kehadiran oksigen juga menghasilkan 34 ATP. Pengoksidaan Beta Bukan seperti glikolisis, kitaran Krebs dan rantai pengangkutan elektron boleh memecahkan lemak serta karbohidrat untuk menghasilkan ATP. Lipolisis adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan proses memecahkan lemak dalam bentuk trigliserida ke gliserol dan asid lemak bebas. Sebelum asid lemak bebas boleh masuk ke kitaran Krebs mereka harus menjalani proses pengoksidaan beta iaitu siri reaksi untuk memecahkan asid lemak bebas ke asetil koenzim A dan hidrogen. Asetil koenzim A kini boleh memasuki kitaran Krebs dan metabolisme lemak mengikut cara yang sama seperti metabolisme karbohidrat. Metabolisme Lemak Seperti yang diketahui, sistem oksidatif dapat menghasilkan ATP melalui pembakaran lemak dan karbohidrat. Perbezaan utama adalah bahawa pembakaran lengkap dari sebuah molekul asid lemak menghasilkan lebih Asetil koenzim A dan hidrogen dan secara tak langsung ATP berbanding molekul glukosa. Namun, asid lemak terdiri daripada atom karbon yang lebih daripada glukosa, mereka memerlukan lebih banyak oksigen untuk pembakaran. Jadi jika badan anda hendak menggunakan lemak sebagai bahan bakar mesti mempuyai bekalan oksigen yang mencukupi. Jika latihan sangat ketat dan sistem kardiovaskular tidak mendapat bekalan oksigen yang cukup dengan cepat, karbohidrat akan digunakan untuk menghasilkan ATP. Dengan kata lain, jika anda kehabisan simpanan karbohidrat, intensiti latihan harus mengurang disebabkan badan beralih kepada lemak sebagai sumber utama bahan bakar. Metabolisme Protein Protein hanya memberi sumbangan yang kecil (biasanya tidak lebih dari 5%) untuk pengeluaran tenaga dan sering diabaikan. Namun asid amino, blok protein, dapat ditukar menjadi glukosa atau ke bahan lain yang boleh digunakan dalam kitaran Krebs seperti Asetil koenzim A. Protein boleh memberi sumbangan yang lebih untuk kegiatan yang sangat lama, mungkin sebanyak 18% daripada keperluan tenaga. Ini yang patut dielakkan. Sistem oksidatif secara keseluruhan digunakan terutama pada saat istirehat dan latihan berintensiti rendah. Pada peringkat awal latihan diperlukan sekitar 90 saat untuk sistem oksidatif menghasilkan kuasa maksimum dan latihan dapat membantu peralihan ini. Kitaran Krebs membekalkan sebahagian daripada keperluan tenaga glikolisis perlahan tapi masih membuat sumbangan yang besar. Bahkan glikolisis perlahan merupakan pusat metabolisme penting untuk acara yang berlansung untuk beberapa jam atau lebih. Sistem Tenaga dan Latihan Ketiga-tiga sistem tenaga dapat menghasilkan kekuatan untuk kapasiti yang berbeza dan berubah-ubah dalam individu. Anggaran terbaik menunjukkan bahawa sistem ATP-PCr dapat menghasilkan tenaga pada tahap sekitar 36kkal dalam seminit. Glikolisis dapat menghasilkan tenaga sekitar 16 kkal dalam seminit dan sistem oksidatif menghasilkan tenaga sekitar 10 kkal dalam seminit. Kemampuan untuk menghasilkan tenaga dari ketiga-tiga sistem berubah-ubah dengan latihan. ATP-PCr dan pusat glikolitik boleh berubah hanya 10-20% dengan latihan. Sistem oksidatif boleh dilatih lebih jauh walaupun genetik masih memainkan peranan. VO2max atau daya tahan aerobik boleh meningkat sebanyak 50%. Sistem Tenaga Dalam Sukan Ketiga-tiga sistem tenaga tidak bergantung pada satu sama lain.Dari sangat pendek, ke latihan berintensiti tinggi atau ringan, atau berpanjangan, ketiga-tiga sistem akan memberi sumbangan. Namun, satu atau dua biasanya akan mendominasi. Model Baru Sistem Tenaga? Masih terdapat banyak persoalan yang belum terjawab dalam model sistem tenaga yang boleh dibincangkan. Masih banyak ruang untuk kajian.

sambungan DIET ATKIN 2

Glikolisis bermaksud pecah (lisis) glukosa. Karbohidrat yang kita makan dalam seharian membekalkan badan dengan glukosa yang boleh disimpan dalam bentuk glikogen dalam otot dan hati yang boleh digunakan kemudian. Produk akhir hasil glikolisis adalah asid piruvik. Asid piruvik boleh disalurkan ke proses kitar Krebs atau ditukar menjadi asid laktik. Jika produk akhir adalah asid laktik, proses itu dinamakan glikolisis anaerobik dan jika produk akhir piruvik asid dinamakan glikolisis aerobik. Bagaimana pun, kehadiran oksigen cuma menentukan produk akhir proses sahaja bukan syarat untuk glikolisis. Antara nama lain dalam istilah fisiologi adalah, glikolisis cepat yang mana produk akhir adalah asid laktik dan glikolisis perlahan produk akhir asid piruvik. Glikolisis cepat menghasilkan tenaga pada kadar yang lebih besar berbanding glikolisis perlahan. Bagaimana pun disebabkan produk akhir glikolisis cepat adalah asid laktik, pengumpulan asid laktik menyebabkan otot menjadi letih. Penghasilan asid laktik meningkat selepas 10 saat pergerakan bermula. Ini juga selari dengan menurunan dalam kekuatan maximal, ATP dan PCr mula digunakan. 30 saat aktiviti berterusan menggunakan glikosis cepat. Selepas 45 saat, berlaku penurunan kedua dalam kekuatan. Aktiviti seterusnya bergantung pada sistem oksidasi. Sistem oksidasi mengandungi 4 proses menjanakan ATP - Glikolisis perlahan (kehadiran oksigen) - Kitar Krebs (kitaran asid sitrik atau kitaran asid tricarboxylic) - Rantai electron - Pengoksidaan beta Glikolisis perlahan sama seperti glikosis cepat yang mana memetabolismekan glukosa untuk membentuk ATP. Perbezaannya adalah produk akhir asid piruvik ditukarkan ke satu bahan yang dipanggil asetil koenzim A jika dibanding dengan glikolisis cepat yang menghasilkan asid laktik. ATP boleh dihasilkan dengan menyalurkan asetil koenzim A ke kitar krebs.

sambungan DIET ATKIN 1

Sistem tenaga mungkin agak rumit untuk difahami bagi sesetengah orang. Kenapa kita perlu tahu pasal sistem tenaga? Antara kegunaan ialah, dalam latihan, kita tahu apa jenis tenaga diperlukan untuk sesuatu aktiviti atau sukan. Tenaga diperlukan dalam semua aktiviti badan termasuk bergerak, tidur, deyutan jantung, dan lain-lain. Dalam otot kita ada kompaun yang dinamakan adenosine triphosphate (ATP). Sel badan kita hanya menyimpan 36 ATP dalam sesuatu masa, 38 ATP untuk otot jantung. ATP digunakan sebagai tenaga semerta untuk aktiviti yang sekejap. ATP akan dipecahkan ke bentuk adenosine diphospate (ADP). Proses pemecahan ikatan menghasil tenaga. Untuk terus menghasilkan tenaga, badan perlu menukarkan ADP ke ATP semula melalui prose phosphorylation. Jika proses ini berlaku dengan kehadiran oksigen, dinamakan aerobic metabolism, jika tanpa kehadiran oksigen dinamakan anaerobic metabolism. Untuk penghasilan kembali ATP, badan memerlukan phosphate daripada luar seperti daripada creatine phosphate. Antara sumber makanan yang tinggi creatine seperti daging merah. Cara lebih mudah yang kebiasaan digunakan oleh atlet adalah dengan pengambilan makanan tambahan creatine phosphate. Creatine juga meningkatkan intracellular cocentration melalui senaman. Lemak juga boleh digunakan untuk menghasilkan ATP. Lemak disimpan di tisu-tisu adipose di badan kita. Tetapi untuk menukar lemak dari bentuk triglyceride ke bentuk glycerol dan free fatty acid bukan kerja mudah. Badan akan lebih mengunakan karbohidrat dan protein sebagai sumber tenaga daripada lemak. Karbohidrat akan ditukarkan ke bentuk glycogen yang mana boleh digunakan untuk menghasilkan ATP. Protein juga boleh digunakan tetapi mesti dipecahkan dulu ke bentuk amino acid dan seterusnya ke bentuk glucose. ATP dan creatine phosphate (PCr) membentuk sistem yang dipanggil ATP-PCr. Sistem tenaga ATP-PCr boleh berlaku dengan kehadiran oksigen atau tanpa kehadiran oksigen yang kita panggil anaerobic. Semasa 5 saat yang pertama, badan kita menggunakan sistem ATP-PCr. ATP yang ada akan digunakan dan pada jangka 5-8 saat PCr. Bersambung…

DIET ATKIN

Apa itu diet atkin? Diet atkin agak popular juga di Malaysia. Diet Atkin secara amnya adalah diet rendah karbohidrat tinggi protein yang dicipta oleh Robert Atkins melalui pembacaannya di Journal of the American Medical Association yang diterbitkan oleh Gordon Azar dan Walter Lyons Bloom. Aktin mengatakan bahawa dia menggunakan jurnal itu untuk menurunkan berat badannya. Dia kemudian mula menulis buku Dr Atkin’s Diet Revolution pada tahun 1972 dan Dr Atkin’s New Diet Revolution. Bagaimana Diet Atkin Bekerja? Diet Atkin tidak membenarkan kemasukan karbohidrat supaya badan membakar lemak daripada glukosa sebagai sumber tenaga. Proses ini dikenali sebagai ketosis. Proses ketosis bermula apabila kadar insulin sangat rendah. Kadar insulin rendah kerana kadar glukosa darah darah. Pertama sekali, perlu diingatkan bahawa otak kita memerlukan 150 g karbohidrat dan 2000 liter oksigen untuk otak berfungsi sepenuhnya. Apabila kita mula kurangkan karbohidrat, badan kita akan mula memberi signal memperlukan karbohidrat, mula merasa lapar dengan merembeskan hormon ghrelin. Selepas 4 hari badan mengamalkan diet tinggi protein ini, baru otak akan mula menerima ketidakhadiran karbohidrat. Keton akan dirembeskan dan menukarkan badan ke mood ketosis. Diet ketagonik bergantung pada respon insulin. Disebabkan ketidakhadiran glukosa, insulin tidak dirembeskan. Kadar glukosa darah harus turun menjadi kurang dari 3.58 mmol/L untuk badan merembeskan hormon tumbesaran, epinephrine dan glukagon untuk metabolisme tenaga daripada lemak. Hormon tumbesaran dan epinephrine akan merangsang trigliserol untuk dipecahkan ke bentuk asid lemak bebas. Asid lemak bebas akan ke hati dan otot untuk proses pengoksidaan dan dalam masa sama memberi asetil-CoA masuk ke kitar kreb. Glukagon dihasilkan ketika glukosa darah terlalu rendah. Hati mula memecahkan glikogen menjadi glukosa. Bila tiada lagi glikogen, hati mula menukarkan lemak menjadi asid lemak bebas. Proses ini dikenali sebagai ketosis. Secara teoritikalnya, ini la cara diet atkin berkerja. Diet ini memaksa badan mengunakan lemak sebagai sumber tenaga dengan pemakanan makanan tinggi protein dan sangat rendah karbohidrat. Bermacam kontroversi timbul disebabkan diet atkin ini. Diet Atkin kurang mendapat sambutan bila diperkenalkan. Pelan Diet Atkin Diet Atkin dibahagikan kepada empat peringkat iaitu: 1. Permulaan (Induction) 2. Penurunan Berat Badan Berterusan (Ongoing Weight Loss) 3. Pre-maintenance 4. Lifetime maintenance Permulaan adalah peringkat terpenting dalam diet atkin. Permulaan biasanya mengambil masa dua minggu dan boleh mencecah hingga dua tahun. Selama tempoh permulaan: - Elak semua jenis karbohirat termasuk nasi, mi, mihun, spagetti, roti, segala jenis gula, buah-buahan, segala bentuk kacang, kentang. Pendek kata semua jenis karbohidrat. - Boleh makan: Makan ayam panggang, steam, sup, goreng kosong, ikan, daging, udang, sayur hijau, keju cheffar, mozarella, parmesan, air kosong, daging burger, makanan tambahan seperti vitamin, minyak zaitun, omega-3. Sarapan, makan tengahari, makan malam sebelum pukul 9 malam. Had sehari 20g karbohidrat. Kebanyakan makanan mengandungi karbohidrat walaupun kandungan utamanya protein. Tahap permulaan diteruskan lebih daripada dua minggu jika penurunan berat badan sangat perlahan. Tahap Penurunan Berat Badan Berterusan diteruskan dengan penambahan sehingga 25g karbohidrat sehari. Tahap Pre-maintenance dan Lifetime maintenance diteruskan dengan cara yang sama, cuma mengubah toleransi karbohidrat dengan perbezaan 5g sehari seminggu. Secara peribadi, saya takut tengok cara Atkin ini. . Saya tidak pernah buat diet atkin dan tak pernah mengajar sesiapa untuk buat. Saya pelik apabila ada orang cuba menaikkan nama Atkin ini di Malaysia sedangkan Atkin kurang mendapat sokongan di Amerika. Kenapa? Apa yang mencetuskan kontroversi? Kontroversi Banyak pakar kesihatan berpendapat bahawa diet atkin ada banyak kelemahan. Antaranya, Robert H. Eckel seorang doktor perubatan dan pengarah di pusat penyelidikan umum klinikal di University of Colorodo Health Sciences Center di Denver bersetuju bahawa diet atkin boleh menurunkan berat badan dengan cepat tetapi dalam masa sama boleh menyebabkan sakit jantung. Diet ini juga dikatakan berpotensi merapuhkan tulang dan juga boleh merosakkan hati dan buah pinggang dengan kemasukan protein yang tinggi. Gail Frank, PhD daripada American Dietetis Association juga mengatakan kebimbangan tentang diet atkin ini dengan mengatakan bahawa badan kita memerlukan sekitar 150g karbohidrat sehari untuk badan dan otak berfungsi dengan baik, jika tidak aktiviti pembakaran pasti terganggu. Frank berkata bahawa otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik dan memakan masa yang lama untuk memecahkan lemak dan protein untuk sampai ke otak. Seorang penulis, Barbara Rolls, PhD yang juga ketua di Guthrie Chair in Nutrition di Penn State University berkata bahawa tiada siapa pernah menunjukkan kebaikan diet atkin jika dibandingkan dengan pengurangan kalori. Terlalu banyak yang membantah diet atkin ini dan sehingga kini, diet atkin belum terbukti berkesan. Rata-rata bersetuju bahawa diet atkin yang tinggi protein, tinggi lemak boleh menyebabkan beberapa masalah termasuk sakit jantung. Disebabkan hal ini, diet atkin kurang mendapat sokongan walaupun Atkin ada peminatnya sendiri. Saya pernah duduk dengan kumpulan fitness specialist di Malaysia, bila bertanya tentang diet atkin, ada seorang sahaja bersetuju dan yang lain membantah. Jika tanya pendapat saya, saya tidak menggalakkan diet atkin digunakan. Untuk membakar lemak dan menjalankan fungsi badan sepenuhnya perlukan kehadiran karbohidrat. Kenapa perlu menyekat rasa nikmat makan karbohidrat? . Diet tarbaik pada saya, adalah menurut piramid pemakanan. Saya kira ramai yang bersetuju dengan piramid makanan. sedutan dari: http://zakikhan.net/diet-atkin/

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013